Saturday 21 May 2011

Siapakah Guru Pendeta?

Merujuk kepada wawancara tabloid popular tempatan dengan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, maksud guru pendeta ialah Guru Cemerlang.
Guru Pendeta boleh menikmati gred sehingga Jusa C. Untuk merasa gred Jusa seseorang guru itu perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah pertama dan berkhidmat lebih daripada 20 tahun. Lama tu.... Adakah pemilik title PTD memerlukan selama itu untuk kenaikan pangkat?.Mungkin...anda fikirlah sendiri atau tanya kawan-kawan...Awak tak brani nak kabor. karan kena tukor kat Samarahan susah anak bini. Kembali kita kepada isu guru tadi. Apakah yang akan terjadi kepada guru yang tidak memiliki Ijazah adakah mereka dianaktirikan. Pada pendapat awak, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini ada sedikit rasa tidak adil. Kalau boleh pengagihan kenikmatan itu perlu diberikan sama-rata dikalangan guru. Yang bergred tinggi dapat dan yang bergred rendah juga dapat. Adil.
Awak rasa lebih malang bagi guru besar disekolah kurang murid (SKM). Mereka hanya bergred DGA32 sama sahaja, dengan guru akademik biasa DGA32 (KUP) yang telah berkhidmat 10 tahun ke atas. Dari segi kerja dan minit mengajar adalah sama dengan GB Gred A cuma yang membezakan bilangan murid sahaja. Istilah SKM ialah sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang semasa pengredan sekolah dibuat suatu ketika dahulu. Pada masa sekarang, telah wujud sekolah gred A yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 200 orang tetapi gred guru besarnya still DGA34. Kesian Guru Besar sekolah SKM kerana sehingga kini masih lagi memegang gred DGA32. Hendak sambung belajar, baki perkhidmatan tingggal lagi 6 tahun.....habis ajer belajar terus pencen...tak sompat nak merasa Gred DG41 apatah lagi gred Jusa.

Agak-agak apa yang kerajaan akan buat kepada guru besar sekolah skm ni yer.... dan satu lagi Guru wibawa itu, guru apa yer????

Kepada cikgu dan cikgi sekalian.... berkhidmatlah untuk negara dengan seikhlas-ikhlasnya....... Duit banyak pun tak senang.....duit tak ada lagi ler tak senang.... macam aku nie dah sebulan gaji tak masuk...

No comments: