Saturday, 4 May 2013

Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan


Rujukan                      :           Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010

Syarat                         :          
(i)     Diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan; 
(ii)    Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan; 
(iii)   Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang diperuntukkan rumah Kerajaan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan dan Imbuhan Tetap Perumahan; 
(iv)   Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan menduduki rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isterinya tidak layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tetapi layak diberi Imbuhan Tetap Perumahan mengikut gred jawatannya; 
(v)   Jika pegawai suami dan isteri kedua-duanya bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan, hanya seorang sahaja layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan; 
(vi)   Jika pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang suami atau isterinya adalah pegawai warganegara dan kedua-dua mereka berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan, pegawai bukan warganegara layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan dengan syarat suami atau isterinya dibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan bukannya Elaun Perumahan Wilayah.
Kadar                         :           Pelaksanaan Bayaran Insentif Perumahan Sabah Sarawak atau Labuan adalah berdasarkan peratusan daripada lingkungan gaji seperti jadual di bawah: 
Negeri/BandarGred/ Kadar Sebulan (RM)
Utama/ Khas53-5445-5241-4427-401-26
ABC
Sabah
Kota Kinabalu20001600150013001130930830730
Sandakan20001600150012501080880780680
Kawasan lain20001600150012001030830730630
Labuan
Labuan20001600150013001130930830730
Sarawak
Kuching200016001300900700600550500
Miri200016001300900700600550500
Bintulu200016001300900700600550500
Kawasan lain200016001300900700500450400

(vii)        Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut: 
i.          Cuti Tanpa Gaji;
ii.         tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan walaupun dengan kebenaran setelah menggunakan Cuti Sakit sebanyak 15 hari yang layak;
iii.        Cuti kerana berkursus melebihi 92 hari.                                   
Agensi Terlibat           :           Perkhidmatan Awam                                   
Tarikh Kuat Kuasa    :           1 Julai 2010 

No comments: