Thursday 28 July 2011

Minit Curai Kursus Pemantapan Pedagogi

Minit Curai
http://dl.dropbox.com/u/35570430/Minit%20curai%20kursus%20Matematik%20Pangkor%20Julai.doc

Jika terdapat kekurangan pada minit curai berkenaan sila maklumkan kepada saya.
clano_81@yahoo.com

Bahan Kursus Pedagogi Matematik Tahun dua Pangkor

Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan kursus Pemantapan Pedagogi Matematik pada 26 hingga 28 Julai 2011. Kursus berkenaan adalah berkaitan dengan teknik-teknik dan kaedah pengajaran yang akan dilaksanakan pada murid tahun dua pada tahun hadapan. Walaupun begitu, kaedah berkenaan boleh dilaksanakan pada tahun semasa kerana pihak jabatan tiada halangan bagi mana-mana guru untuk melaksanakannya.


Disini saya akan cuba muatkan rancangan pengajaran harian yang telah dibincangkan semasa kursus berkenaan.


Sila klik pada url dibawah.
http://dl.dropbox.com/u/35570430/kursus%20pedagogi%20matematik%20zon%204%20p.pangkor.zip

Rancangan pengajaran harian matematik tahun satu dan dua telah di standard bagi semua sekolah di negeri perak:

Bidang: Nombor dan Operasi
Tajuk: Darab
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
1) melengkapkan ayat matematik darab

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
1) membina sifir dua, lima 10 dan empat dengan berpandukan
a) Garis nombor
b) Gabungan Sifir

Aktiviti:-
i) Fasa Persediaan .................................. (EMK)
ii) Fasa Imaginasi ................................... (EMK)
iii) Fasa Perkembangan ........................... (EMK)
iv) Fasa Tindakan ..................................... (EMK)

*Perkataan Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan tidak perlu ditulis, hanyalah memadai dengan tulis roman iaitu i) , ii) , iii) dan iv) sahaja.

Sekiranya terdapat perubahan/kekurangan/kesilapan maklumat sila maklumkan kepada saya.

Sunday 17 July 2011

AGIHAN PERUNTUKAN GERAN PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA 2011

Bahagian Kokurikulum dan Kesnian, KPN telah mencadangkan agar Agihan Peruntukan Geran Pelancaran Kelab Rukun Negara (KRN) sekolah rendah 2011 diagihkan melalui PTJ JPN. Setiap sekolah yang terpilih akan menerima peruntukan sebanyak RM 1000.00

Geran ini boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti KRN pada 2011. Sila muat turun GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KRN ini di http://dl.dropbox.com/u/35570430/BUKU%20PANDUAN%20KRN.pdf
cara download:
1. Copy alamat ini http://dl.dropbox.com/u/35570430/BUKU%20PANDUAN%20KRN.pdf
2. Paste kan pada ruangan URL "alamat laman web" kemudian ENTER
3. Selesai
Sekian.