Saturday 4 May 2013

Bantuan Sara Hidup (COLA)


Rujukan          :            Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005

                                    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006                                    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007
                                    JPA(BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Disember 2008
                                    JPA(BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Disember 2008
                                    JPA(BGE)(S)63/145/1-2 (67) bertarikh 8 April 2009
                                    JPA(S)63/57/2 Klt. 8 (97) bertarikh 8 Februari 2010
                                    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 
Syarat             :           Bantuan  Sara  Hidup  diberi kepada pegawai   Perkhidmatan  Awam untuk menjaga   kesejahteraan dan kebajikan mereka tertakluk syarat-syarat berikut:                                   
(i)   Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan. 
(ii)  Pegawai lantikan tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran. 
(iii) Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan yang mengikuti kursus. 
(iv) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus/ cuti belajar jangka panjang mengikut lokasi institusi pengajiannya. 
(v)  Dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pengajian bagi pegawai yang diluluskan  cuti belajar. 
(vi) Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau 
(vii) Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh. 
Kadar             :
Bil. KawasanKadar Sebulan (RM)
1.Kawasan A300.00
2.Kawasan B250.00
3.Kawasan Lain150.00
  
  *   Kawasan A/B adalah berdasarkan kawasan Pihak  Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran.
 Agensi Terlibat :         Perkhidmatan Awam           
Tarikh Kuat Kuasa :  1 April 2012  
LAMPIRAN  
KAWASAN A
NegeriDewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Perbadanan
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Pulau PinangPulau Pinang dan Seberang Perai
SelangorAmpang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya
JohorJohor Bahru

 KAWASAN B 
NegeriMajlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
JohorBatu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar dan Pasir Gudang
KedahAlor Setar, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani
KelantanKota Bahru
MelakaAlor Gajah dan Bandar Melaka
Negeri SembilanNilai, Port Dickson dan Seremban
PerakIpoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan
PahangBentong, Kuantan dan Temerloh
PerlisKangar
TerengganuKemaman, Kuala Terengganu dan Dungun


rujukan http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/2010/05/258/ pada 05/05/2013

No comments: