Thursday 18 August 2011

10 Hak yang Perlu kita tunaikan

Assalamualaikum wrb

Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” (Bukhari)



10 HAK YANG PERLU KITA TUNAIKAN


“Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”



PERTAMA: HAK KEPADA DIRI


Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT


Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.


Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.



KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR


Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.



KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)


Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.



KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)


Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.





KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)


Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.



KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)


Iaitu: Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.



KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW


Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.



KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT


Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan


Tips Menghalang Jenayah

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya
anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM


Tuesday 16 August 2011

Keterhutangan yang serius.

Keberhutangan yang serius bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.


Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius?


Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud bakii gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.




2. Apakah peranan KJ jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius?


Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam dii bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.


Disalin daripada laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 17.08.2011

Tindakan Tatatertib di atas Ketidakhadiran Bertugas

Carta alir tindakan tatatertib



http://dl.dropbox.com/u/35570430/Prosedur%20Tindakan%20Tatatertib%20-%20Ketidak%20hadiran%20bertugas%20tanpa%20sebab.doc





1. Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau BPR kerana disyaki melakukan jenayah.?


Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidak hadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidak hadiran selepas dia dibebaskan itu.




2. Bagaimana menguruskan masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?


Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.




3. Berapakah tempoh yang boleh dianggap THB?


Tiada disebut tempoh di dalam peraturan. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.



4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran notis?


Peraturan 26(5) menjelaskan jika pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari darii tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.




5. Apakah kesan kepada kakitangan yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan tindakan tatatertib?


Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada kakitangan terbabit kerana tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang. Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



6. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Tidak hadir bertugas secara berterusan’?


Ia bermaksud apabila seseorang pegawai tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas mulai 1.1.2000 hingga 31.12.2000, maka tarikh-tarikh beliau tidak hadir tidak perlu dinyatakan secara spesifik.




7. Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?


Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.



Disalin daripada Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 17.08.2011

Sunday 14 August 2011

Legaaaaaaa

Semalam dah selesai kedua-dua peperiksaan, matematik dan asas kejuruteraan awam dan mekanikal. Fokus minggu ni ialah berdepan dengan Jemaah Nazir. Adios.

Friday 12 August 2011

Periksa OUM Esok

Baru satu buku habis dbaca, masih ada satu buku yang belum diusik. Penat blajor sambil bekerja nih tambah-tambah hari Isnin nanti Jemaah Nazir nak turun kat sekolah aku. Banyak benda yang kena buat antaranya:-
1. Kena tanda buku murid
2. Kemaskini fail panitia
3. Unit beruniform
4. Prosidar

Walaubagaimana pun, preksa adalah masa hadapan aku, nak tak nak aku kena baca jugak walaupun terpaksa bersengkang mata. Insya Allah berkat kesabaran di atas dugaan Allah ini Preksa esok harapnye dapat jawab dengan baik. Amin...

Monday 8 August 2011

Alhamdulillah Dapat RM500

Alhamdulillah,
Kakitangan kerajaan dapat bonus RM500 dan "setengah gaji" (hear says) sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pemberian bonus ini berkemungkinan masuk kedalam akaun kakitangan awam pada 15 Ogos 2011. Dalam sesak-sesak ini dapatlah juga sedikit habuan untuk anak saudara, sepupu dan duit untuk balik kampung pada hari raya nanti.

Thursday 4 August 2011

Lagu Terima Kasih Cikgu

Lagu yang bagus. Kepada cikgu-cikgu leh download lagu ni bagi kat murid-murid.


Disalin daripada http://www.youtube Terima Kasih cikgu



Kelab Rakan Perpaduan

Di maklumkan bahawa duit yang dijanjikan RM 1000 bagi menggerakkan Program Kelab Rakan Perpaduan masih belum dimasukkan lagi.

Isu GPK dan Ketua Bidang di sekolah Menengah gred B

Banyak yang saya dengar tentang guru penolong kanan ko-kurikulum dan ketua bidang disekolah-sekolah menengah bergred B terpaksa membayar balik elaun GPK yang diterima sebelum ini kerana tidak layak untuk mendapatkannya, ada yang terpaksa membayar lebih daripada RM 20,000. Bagaimana perkara ini boleh berlaku. Adakah berlaku masalah dari segi penyampaian maklumat atau guru-guru berkenaan atau pengetua yang menganggap taraf GPK Kokurikulum disekolah menengah gred B adalah setaraf dengan jawatan GPK Hem. GPK Ko-kurikulum disekolah bergred B berstatus dalam norma, manakala GPK Hem adalah luar norma. Maksudnya GPK Kokurikulum dikira dikalangan guru akademik biasa cuma menjalankan tugas sebagai GPK Kokurikulum.
Membayar balik wang dalam jumlah yang besar dan tempoh bayaran yang singkat akan meninggalkan kesan yang buruk kepada pegawai berkenaan dari segi mental dan motivasi kerja. Jika terpaksa membayar semula RM 20,000 dan tempoh masa yang diberikan hanya 2 tahun memang akan menggugat kedudukan kewangan keluarga. Alternatifnya, terpaksa lah meminjam daripada pihak bank. Sekiranya meminjam daripada pihak bank tempoh bayaran mungkin boleh dilanjutkan untuk beberapa tahun berbanding dengan tempoh yang diberikan oleh kerajaan.
Bank CIMB menawarkan faedah yang rendah berbanding dengan bank rakyat dan bank BSN. Tuan puan boleh menyemak perkara ini dibank-bank berdekatan.

Contoh Kertas Kerja Program RIMUP

Tahun pertama aku di Sk Padang Asam. Pelbagai kerja aku telah lakukan antaranya Program RIMUP. kalau buat kecik-kecik tak per ler. Ni kena buat untuk Daerah Kuala Kangsar. Mujurlah ada member-member yang tolong. Cadangan kertas kerja ini adalah yang belum dimodified lagi. kalau nak contoh kertas kerja ini. Leh download kat sini.

http://dl.dropbox.com/u/35570430/CADANGAN%20PROGRAM%20RIMUP.doc



Player Flv

Format flv adalah suatu format yang biasa digunakan di internet. Justeru, untuk menyokong format berkenaan bagi boleh dibaca, Gome player adalah suatu player yang amat sesuai. Aku telah menggunakan Gome Player ini lebih kurang setahun dan aku anggapkan ia sebuah player yang menarik dan lebih baik daripada player-player yang lain seperti flv player yang gambar kon tu. Kalau kengkawan mahukan perisian berkenaan sila klik pada url dibawah.
http://dl.dropbox.com/u/35570430/GOMPLAYERENSETUP.EXE

Selamat mencuba

PC Fair di Kuala Kangsar

Pc Fair tu berMula 4 Ogos 2011 hingga 8 Ogos 2011. Tadi aku pergi tengok kot-kot ada sesuatu yang menarik untuk dibeli. Harga murah dan berpatutan untuk dibeli. Kalau nak dibandingkan dengan Pc Fair yang dianjurkan oleh Picom tu kalah ler. Pc Fair tu kat sebelah Pasaraya The Store Kuala jer.
Harga komputer RM200 lebih je. Bagi sesiapa yang tak ada komputer tu bolehlah beli dan letak kat rumah satu. Warranty sampai setahun. Dahsyat tu... Ikutkan nak beli satu tapi kat rumah ni dah ada dua pc dan satu laptop. Dah cukuplah tu tak perlu nak tambah-tambah lagi. Webcam pun murah RM20 jer... Kalau ada webcam leh sembang kat internet macam ada handphone 3G. Sembang nampak muka..ha..ha...ha...Menarik sangat menarik. Standard Kuala jer PC Fair tu jangan mengharapkan boombastik macam pc fair kat kl tu... tapi harganye menarik. Dulu Low Yat Tu macam rumah kedua ku... boleh dikatakan seminggu empat lima kali aku pergi. Apa-apa pun Adios aku ucapkan and selamat berpuasa...