Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat. Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menetapkan laluan seperti berikut:
- Laluan naik pangkat secara hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di sekolah,ppd,jpn atau bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34
- Laluan Guru Cemerlang - gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
- Laluan Time Base - DGA32 (KUP)
- Laluan Khas X-PPLD - DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar
- Laluan Guru Besar Cemerlang - DGA38(KUP)
- Laluan Pengelola /Pegawai Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
- Laluan Guru Cemerlang DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
- Laluan Time Base DG44 (KUP), DG48 (KUP)
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata mereka tiada peluang ? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6 dan Guru kelulusan SRP.
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
- Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon.
- Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik.
- Tiada tindakan tatatertib
- Telah mengistiharkan harta
- Lulus Tapisan SPRM
- Bebas dari peminjam tegar IPP
- Lulus PTK
- Diperaku oleh Ketua Jabatan
- Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup. Ada kalangan guru DGA29 yang ditawarkan pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua melapor diri kerana tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka ada yang baru berkhidmat 8 tahun.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
- Pemangkuan Gred DGA32 tidak boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru DGA32(KUP) Time Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan pemangkuan. Guru DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika mereka naik pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
- Perakuan dan peluang naik pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini ramai yang menolak kerana gaji mereka tidak berubah kerana grednya sama.Hanya elaun GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan BISP jika bukan opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak dapat diisi dan lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap menolak.Mereka selesa dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang ini kepada guru DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
- Dengan memberi peluang kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada sebagai GPK atau Guru Besar.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
- ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
- mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
- tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
- menerima tawaran
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
- prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80 %
- ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain merit yang pemohon sedia tahu.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.
No comments:
Post a Comment