Saturday, 27 November 2010

AKTIVITI PENGAJARAN 2

Aktiviti pengajaran bagi murid cerdas

Learning outcome

Compare the volume of two liquids by direct comparison

Measure volumes of liquids using uniform non-standard units.

Alat Bantu mengajar

Perisian powerpoint

http://rapidshare.com/files/435054387/VOLUME_OF_LIQUIDS_PART_1.pps

http://rapidshare.com/files/435054058/Volume_of_liquid_part_2.pps

Gelas, jug, cawan, botol air, air

Langkah-langkah.

  1. Guru menerangkan konsep volume of liquids kepada murid. Klik disini untuk bahan bantu mengajar.
  2. Guru menunjukkan cara untuk membuat perbandingan di antara dua objek dengan menggunakan gelas, botol air, cawan dan jug. Bekas mana yang dapat diisi dengan air yang banyak dan bekas mana yang kurang.
  3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kepada perbandingan yang ditunjukkan.
  4. Guru akan mengulangi set pengajaran tersebut dengan bekas yang lain.
  5. Guru meminta salah seorang murid secara sukarela ke hadapan untuk mendemonstrasikan perbandingan diantara dua bekas.
  6. Guru berbincang dengan murid.
  7. Setelah murid menguasai perbandingan di antara dua bekas. Guru menerangkan pula cara untuk mengukur volume of liquids dengan menggunakan bentuk atau bekas yang tidak standard (non-standard units) contohnya tujuh gelas air diperlukan untuk memenuhkan satu jug air.
  8. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kepada contoh soalan yang lain.
  9. Guru memperkenalkan beberapa perkataan yang kebiasaannya digunakan dalam topik ini.
  10. Guru memaparkan slide pengajaran volume of liquids kepada murid. Klik disini untuk bahan bantu mengajar.
  11. Melalui slide berkenaan guru bersoal jawab dengan murid tentang contoh perbandingan yang dipaparkan.
  12. Guru meminta salah seorang murid secara sukarela ke hadapan untuk menjawab soalan yang dipaparkan. Kemudian guru berbincang dengan murid dan diikuti beberapa contoh yang lain.
  13. Setelah murid menguasai perbandingan di antara dua objek berkenaan. Guru mengedarkan lembaran kerja yang perlu di selesaikan secara individu dalam tempoh yang diberikan. Klik disini untuk lembaran kerja 2
  14. Guru dan murid berbincang tentang jawapan yang kepada lembaran kerja tersebut.
  15. Sebagai penutup, guru bertanyakan kepada murid apakah yang telah dipelajari pada hari ini?
  16. Guru membimbing murid ke arah jawapan yang lebih tepat.

No comments: