Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil
bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun
sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan
gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan
kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus
satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji
apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang
ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus
setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada
pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan
berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban
penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan
menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai
asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu
berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah
mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada
situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu
memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam
Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu
asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas
pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
Sumber: Malaysian insider